Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Selepas dua jam berlalu, masih tiada perkembangan di kediaman PM Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Walaupun sudah dua jam berlalu, namun belum ada perkembangan terbaharu diperoleh kumpulan media yang ‘berkampung’ sejak 1 tengah hari di kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, di sini.

Suasana semasa di situ tenang dan hanya kelihatan pergerakan beberapa kenderaan dipercayai membawa menteri masuk serta keluar daripada kediaman perdana menteri itu.

Beberapa kenderaan rasmi itu dilihat mula meninggalkan kawasan rumah perdana menteri kira-kira 3.40 petang.

Bagaimanapun, petugas media yang mula berkumpul sejak 1 tengah hari tadi tidak berganjak dari kawasan itu bagi menantikan perkembangan selanjutnya susulan kenyataan Istana Negara berkaitan Ordinan Darurat hari ini.

Keadaan jalan memasuki kediaman perdana menteri itu yang sebelum ini lengang, kini penuh dengan deretan kenderaan pengamal media yang diparkir di bahu jalan.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan