Jose Gregorio, perenang paralimpik mula berenang seawal usia tujuh tahun lagi untuk membantunya pulih dari pembedahan sendi atau arthrogryposis.
Penuntut bidang kewartawanan yang baru berusia 20 tahun itu berharap dapat dapat pingat dalam gaya kuak dada 50 meter di Sukan Paralimpik Tokyo yang akan bermula pada 24 Ogos.
“Ini adalah impian saya dan saya bersyukur kepada Tuhan atas pencapaian saya, ini berkat atas sokongan ibu bapa saya.” katanya mengenai kelayakan pertandingan selepas sesi latihan di Caracas baru-baru ini.
Baca lagi artikel menarik mengenai >>> All About Malaysian ‘Flying Fish Prince’, Welson Sim
Montilla layak bertanding di Tokyo setelah berenang 50 meter kuak dada dengan mencacat masa 1.41 (s) di Parapan American Games 2019 di Lima, Peru.
Beliau biasanya berlatih selama satu setengah jam setiap Selasa sehingga Sabtu.
Sejak layak ke Sukan Paralimpik di Tokyo, beliau mempergiat latihan dengan lebih kerap.
Beliau akan bertemu pesaing terdekat , perenang Diego Lopez Diaz dan Marcos Zarate iaitu pemenang pingat emas dan perak di Parapan American Games di Lima serta pesaing dari Thailand, Brazil, Israel dan Kanada.
Sementara itu atlet sukan angkat berat Oriana Teran, 21, melahirkan rasa teruja untuk ke Paralimpik. Beliau akan bertanding dalam kategori berat badan 45 kg (99 paun).
Seramai 25 peserta dari Venezuela akan sertai dalam Paralimpik Tokyo termasuk angkat berat, judo dan berbasikal.