Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perenang China, Zhang pecah rekod Olimpik menerusi acara 200M kuak kupu-kupu wanita

TOKYO, 29 Julai — Perenang China, Zhang Yufei meraih pingat emas dalam acara 200 meter (m) kuak kupu-kupu wanita pada Khamis, lapor Xinhua.

Zhang, mendahului dengan catatan masa dua minit dan 03.86 saat sekali gus merangkul emas dan memadam rekod Olimpik rakan senegara, Jiao Liuyang di London 2012 kurang 0.2 saat.

Ini adalah pingat kedua buat perenang berusia 23 tahun, setelah menduduki tangga kedua acara kuak kupu-kupu 100m awal minggu ini.

Perenang Amerika Syarikat Regan Smith (2:05.30) dan Hali Flickinger (2: 05.65) masing-masing meraih perak dan gangsa.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan