Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SEREMBAN, 14 Julai -- Petugas kesihatan melakukan simulasi semula pengambilan suntikan dos yang telah digunakan bagi rakaman ilustrasi botol vaksin COVID-19 keluaran Sinovac Life Sciences Co Ltd China yang dibotolkan oleh Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Seremban hari ini. ?Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS), anak syarikat Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga), dijangka menyelesaikan penghantaran 12.4 juta dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac kepada kerajaan minggu depan, berbanding perjanjian asal pada November. ?Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Berhad Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata pembekalan itu dipercepatkan empat bulan lebih awal susulan lonjakan kes baharu sejak April lepas dan PLS beroperasi 24 jam setiap hari bagi memastikan sasaran itu tercapai.?Sementara itu, setakat 12 Julai 2021 sebanyak 421,479 dos suntikan vaksin COVID-19 telah diberikan merangkumi sebanyak 260,286 bagi dos pertama manakala 164,255 adalah dos kedua. ? --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dos ketiga berkesan beri perlindungan terhadap varian Delta – Pfizer

ByYazid Ibrahim

WASHINGTON, 29 Julai — Syarikat biofarmaseutikal Amerika Pfizer pada Rabu menyatakan dos ketiga vaksin COVID-19 lebih berkesan meningkatkan tahap perlindungan antibodi terhadap varian Delta.

Tahap antibodi terhadap varian Delta pada individu berusia 18 hingga 55 tahun yang menerima dos ketiga vaksin Pfizer/BioNTech lima kali ganda lebih tinggi berbanding suntikan dos kedua, lapor Xinhua memetik data pada sidang video syarikat berkenaan.

Dalam kalangan individu berusia 65 hingga 85 tahun, data Pfizer menunjukkan bahawa tahap antibodi terhadap varian Delta selepas menerima dos ketiga, 11 kali ganda lebih tinggi berbanding dos kedua.

“Pfizer menjangkakan permohonan kebenaran penggunaan kecemasan untuk dos ketiga vaksinnya dibuat seawal bulan depan,” kata ketua penyelidikan, pembangunan dan perubatan Pfizer global Mikael Dolsten, memetik CNN. 

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan