Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 22 Mei -- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai perkembangan terkini Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang berkuatkuasa dengan penambahan sekatan yang lebih ketat keatas sektor ekonomi dan sosial di Bangunan Perdana Putra hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, May 22 -- Health Director-General Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah during a press conference held together with Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob regarding updates on the Movement Control Order (MCO) 3.0 implementation currently in effect with additions being made to further restrict the economic and social sectors at the Perdana Putra building today. --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHTS RESERVED

COVID-19: Dua hari berturut-turut kes baharu melebihi 17,000

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Kes baharu positif COVID-19 hari ini dilaporkan sebanyak 17,170 menjadikannya hari kedua berturut-turut negara ini merekodkan kes melebihi 17,000.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata jumlah kumulatif kes dalam negara kini meningkat kepada 1,078,646.

Selangor kekal menjadi negeri mencatatkan pertambahan kes tertinggi iaitu sebanyak 7,163 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,138 kes.

“Selain itu, Kedah merekodkan 1,212 kes; Johor (1,054); Negeri Sembilan (884); Sabah (776); Pahang (638); Kelantan (615); Perak (596); Sarawak (582); Pulau Pinang (554); Terengganu (437) dan Melaka (416),” katanya.

Putrajaya pula merekodkan kes sebanyak 84 diikuti Labuan (11) dan Perlis (10).

— BERNAMA 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan