Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

‘Raja Sos Tiram’, Lee Man Tat Meninggal Dunia

ByLuqman Muhammad

LEE MAN TAT dilaporkan telah meninggal dunia pada Isnin lalu dan meninggalkan harta bernilai kira-kira RM74.46 bilion.

KUALA LUMPUR: Jutawan Hong Kong, Lee Man Tat yang sinonim dengan jolokan ‘Raja Sos Tiram’ telah meninggal dunia pada usia 91 tahun.

Man Tat meninggal dunia pada Isnin lalu, menurut satu kenyataan oleh akaun WeChat Infinitus, yang merupakan syarikat pengeluar produk kesihatan di mana dipengerusikan oleh salah seorang anak mendiang.

Mendiang yang merupakan bekas pengerusi syarikat pengeluar produk perasa, Kumpulan Lee Kum Kee itu meninggalkan harta bernilai AS$17.6 bilion atau sekitar RM74.46 bilion, menurut Bloomberg Billionaires Index.

Sebagai rekod, syarikat Lee Kum Kee diasaskan oleh datuknya, Lee Kum Sheung di Hong Kong pada tahun 1888.

Setakat ini, syarikat itu menjual lebih daripada 200 sos dan perasa di lebih 100 negara.

Dalam pada itu, keluarga mendiang juga memiliki hartanah di London, Hong Kong, China termasuk bangunan ikonik, Walkie Talkie di ibu negara England yang telah dibeli pada nilai £1.3 bilion atau sekitar RM7.63 bilion pada tahun 2017.

BANGUNAN ikonik, Walkie Talkie yang dibeli oleh keluarga mendiang pada nilai £1.3 bilion atau sekitar RM7.63 bilion pada tahun 2017.

Menurut laporan Bloomberg, Man Tat pertama kali menerajui syarikat itu hampir lima dekad yang lalu.

Setelah perselisihan faham dengan beberapa bapa saudaranya berjaya diselesaikan, Man Tat memindahkan kepentingan ekuiti kepada adik-beradik mendiang untuk membantu memimpin syarikat itu.

Bagaimanapun, mereka mempunyai visi syarikat yang berbeza dan seterusnya mendiang meraih pemilikan penuh syarikat sekitar tahun 1980-an.

Seterusnya, anak-anak mendiang menyertai perniagaan tersebut selepas masing-masing menamatkan pengajian ijazah di Amerika Syarikat (AS), termasuk dalam bidang sains makanan, kejuruteraan kimia, pemasaran dan kewangan.

Kumpulan syarikat itu kini dipengerusikan oleh anak mendiang iaitu Charlie.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan