Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pelajar UiTM raih tempat pertama di Malaysia dan dunia dalam peperiksaan ACCA

ByYazid Ibrahim

KUALA LUMPUR, 28 Julai — Seorang pelajar Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) tampil cemerlang apabila mendapat tempat pertama di Malaysia dan dunia bagi kertas Financial Management (FM) dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) sesi Jun 2021.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi Facebook hari ini memaklumkan Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi turut meraih tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi kertas Strategic Business Reporting (SBR) dalam peperiksaan yang sama .

“Beliau (Hannah Mumtazah) merupakan alumni Program Matrikulasi KPM Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) Kohot 1 Sesi 2018/2019, iaitu kolaborasi antara KPM, UiTM dan ACCA,” katanya.

Menurut kenyataan itu Hannah Mumtazah kini sedang mengikuti Pengajian Perakaunan Profesional di Jabatan Pengajian Perakaunan Profesional, Fakulti Perakaunan, UiTM  Shah Alam.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan