Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 21 Jun -- Seorang penerima vaksin Orang Kurang Upaya (OKU) dtenangkan ketika menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Program Vaksinasi Bergerak MyMedic@Wilayah di Dewan PPR Ulu Pudu hari ini. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Malaysia catat jumlah kadar vaksinasi harian tertinggi semalam

ByEekbal Yusuf

KADAR vaksinasi harian telah mencatatkan jumlah tertinggi pada semalam (27 Julai) apabila sebanyak 553,871 dos berjaya diberikan di seluruh negara.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, catatan semalam juga menyaksikan pemberian vaksin harian mencapai angka melebihi 500 ribu suntikan bagi dua hari berturut-turut.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 356,112 orang adalah penerima dos pertama manakala 197,759 orang lagi adalah penerima dos kedua,” katanya pada sesi penerangan mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin

Pada Isnin yang lalu, sebanyak 521,923 dos vaksin telah diberikan.

Sementara itu, berdasarkan statistik yang dikeluarkan menerusi laman web Our World in Data yang dikendalikan oleh University of Oxford, kadar vaksinasi per kapita di Malaysia kini adalah antara yang terpantas di seluruh dunia.

“Peratusan penduduk Malaysia yang telah menerima vaksin bagi sekurang-kurangnya satu dos juga pada semalam mengatasi beberapa negara maju seperti Jepun, Australia, Korea Selatan dan New Zealand,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan