KUCHING, JULAI 28: Seorang lelaki berusia 53 tahun maut dalam satu kemalangan yang dipandunya selepas dipercayai melanggar belakang jentolak di Jalan KJD Julau.
Kenderaan jenis Proton Iswara yang dipandu seorang diri itu dalam perjalanan dari Sarikei menghala ke Pekan Julau ke sebelum dikatakan merempuh belakang jentolak yang diparkir pada bahu sebelah kiri laluan terbabit
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin yang mengesahkan insiden itu berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam Selasa dan mangsa telah maut di tempat kejadian.
“Pihak bomba telah menerima panggilan memaklumkan mengenai kemalangan jalan raya pada jam 9.50 minit malam, di mana kemalangan tersebut beralamat jalan KJD berhampiran jejantas jalan masuk ke simpang Julau.
“Tiba di lokasi, pihak bomba mengambil masa 10 minit, lebih kurang 10 minit untuk mengeluarkan mangsa iaitu seorang lelaki yang berumur 53 tahun menggunakan peralatan menyelamat,” katanya.
Jelasnya, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan sebaik sahaja berjaya dikeluarkan dari dalam kenderaan itu.
Turut berada di lokasi kejadian ialah pihak polis, ambulans dan Anggota Jabatan Sukarelawan (RELA).
Walau bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian, kemalangan tersebut berlaku apabila mangsa yang juga memandu kenderaan yang bersendirian, memandu dari arah Sarikei menuju ke julau. Di mana dalam kemalangan tersebut mangsa yang menggunakan sebuah kenderaan, telah melanggar belakang jentera pembinaan jalan raya yang diletakkan di bahu jalan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Julau, DSP Amban Sulin ketika dihubungi berkata, mayat mangsa di bawa ke hospital sarikei sebagai tindakan lanjut.
Ujarnya, kes masih dalam siasatan dan diklafikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (Apj) 1987.