Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Banglo tiga tingkat dijadikan pusat operasi judi dalam talian

KUCHING: Sebuah rumah banglo tiga tingkat di sini yang dijadikan pusat operasi dan pengurusan judi dalam talian diserbu polis pada Isnin.

Utusan Borneo melaporkan Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah sebagai berkata berkata serbuan dilakukan pada jam 5.40 petang hasil daripada risikan yang dibuat pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Ahsmon dipetik sebagai berkata, empat lelaki tempatan berusia 23 hingga 24 tahun dipercayai pekerja, ditangkap dalam operasi tersebut.

“Siasatan awal mendapati pusat tersebut beroperasi 24 jam sejak dua bulan lepas dan berdasarkan rekod transaksi dipercayai memperolehi keuntungan sekitar RM1,000 sehari dan mencecah RM30,000 sebulan.

“Manakala keempat suspek yang ditangkap merupakan pekerja di premis tersebut sebagai operator mempromosikan perjudian tersebut menggunakan aplikasi seperti weChat, whatsApp, facebook dan telegram,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambahnya juga, kesemua suspek yang ditangkap dibayar gaji RM1,500 sebulan.

Pasukan operasi selain itu merampas pelbagai peralatan perjudian seperti komputer riba, komputer dan telefon bimbit.

Siasatan lanjut polis masih dijalankan dibawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Polis kini juga sedang mengesan pemilik banglo tersebut,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan