Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ahli Parlimen Pasir Salak dikompaun tidak pakai pelitup muka di Parlimen

ByYazid Ibrahim

KUALA LUMPUR, 28 Julai — Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikompaun semalam kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan tidak memakai pelitup muka ketika berada di  bangunan Parlimen.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kompaun dikeluarkan selepas siasatan yang dibuat mendapati Ahli Parlimen itu yang menghadiri Mesyuarat Khas Dewan Rakyat semalam tidak memakai pelitup muka ketika berada di ruang legar Parlimen dengan seorang individu kira-kira pukul 2.30 petang. 

Siasatan dibuat selepas pihaknya mengesan satu foto yang dimuat naik seorang pemilik akaun Twitter kira-kira pukul 10 pagi semalam.

“Nilai kompaun akan ditentukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya dalam satu kenyataan semalam

Beliau turut menasihatkan orang ramai sentiasa mematuhi SOP PPN dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal ketika berada di tempat awam dalam usaha memutuskan penularan COVID-19. 

— BERNAMA

Tags: #bm, parlimen

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan