Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tokyo 2020 : Soniia raih kemenangan mudah, lawan alami kecederaan

TOKYO, 27 Julai — Penampilan sulung pemain perseorangan wanita negara, Soniia Cheah di Olimpik Tokyo 2020 ditangguhkan sehari, selepas lawannya pada aksi pembukaan, Laura Sarosi dari Hungary menarik diri akibat kecederaan.

Saingan Kumpulan N antara pemain nombor 35 dunia itu dengan Laura yang merupakan pemain ranking ke-74 dunia dijadualkan berlangsung pada 2 petang waktu tempatan (1 tengah hari waktu Malaysia) di Plaza Sukan Musashino Forest di sini hari ini.

Penarikan diri itu disahkan oleh Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Nazifuddin Najib dan Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann, ketika dihubungi.

Walaupun menerima kemenangan mudah, Soniia perlu mencatatkan kemenangan ke atas pemain nombor enam dunia Ratchanok Intanon dari Thailand esok, untuk mara ke peringkat kalah mati.

Sementara itu, pemain Hungary itu berkata beliau tidak dapat bertanding berdasarkan laporan perubatan, selepas mengalami kecederaan tendon Achilles ketika menentang Ratchanok pada Ahad yang menyaksikan beliau tewas 5-21, 10-21.

“Saya mengalami kecederaan tendon Achilles, pada masa itu tidak terkesan tetapi selepas itu saya berasa sangat sakit dan mengalami pendarahan di sekitar tumit dan Achilles.

“Petugas perubatan Jawatankuasa Olimpik Hungary telah melakukan segalanya supaya saya dapat bermain hari ini, tetapi keadaan semasa tidak mengizinkan, dan agak berisiko berikutan kecederaan.

“Namun, rehat dan pemulihan selama beberapa minggu menanti saya. Saya sangat kecewa. Terima kasih atas semua sokongan anda, ia begitu bermakna,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Dalam pada itu, Soniia turut bersimpati dengan mengatakan: “Saya merasakan apa yang anda rasa kerana pernah mengalami kecederaan sama, saya doakan anda cepat sembuh Laura Sarosi.”

Atlet berusia 28 itu mengalami kecederaan tendon Achilles pada 2013 dan perlu menjalani beberapa pembedahan.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan