Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Remaja berumur 23 tahun ditahan, terlibat edar dadah

ByEekbal Yusuf

KUCHING: Seorang remaja lelaki berumur 23 tahun ditahan setelah disyaki terlibat kegiatan pengedaran dadah dalam satu serbuan, dedah Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah.

“Pasukan serbuan yang diketuai Inspektor Bakery Mering dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) menemui dadah jenis serbuk ekstasi seberat kira-kira 398.18 gram.

“Suspek sebelum itu ditahan untuk pemeriksaan di tempat letak kereta kondominium dan seterusnya melakukan pemeriksaan ke atas rumah suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Hasil pemeriksaan di rumah suspek menemui 15 peket bergambar buah-buahan yang didapati mengandungi serbuk ekstasi bernilai sekitar RM11,250.

Saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan