Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Olimpik 2020: Ribut tropika Jepun jejas beberapa acara Olimpik

ByTVS

TOKYO, 27 JULAI: Ribut tropika yang melanda Jepun memberi kelebihan kepada sukan luncur air pada temasya Olimpik tahun ini dengan segelintir acara sukan terjejas dan terpaksa dirombak daripada jadual asal seperti sukan mendayung dan memanah.

Menurut koresponden TVS di Tokyo Hazuki Iijima, ribut tropika di sana mengganggu beberapa acara berikutan angin kencang yang dibawa Ribut Tropika Nepartak yang mencatat kelajuan angin hingga 108 km/j.

Ribut yang boleh mencapai kelajuan sekitar 190 km/j di timur kota Choshi, pada awalnya menuju ke Tokyo tetapi tersasar jauh ke utara dan turut dijangka melanda sekitar wilayah Miyagi.

Setakat ini, ribut yang menyebabkan angin kencang dan hujan lebat di bahagian di pantai timur Jepun, menjadikan keadaan semakin mencabar untuk sukan triathlon wanita di Tokyo.

Amaran diberikan mengenai hujan lebat sehingga esok di daerah sekitar Tokyo serta wilayah Tohoku di timur laut dan wilayah Hokuriku di sebelah barat laut.

Jurucakap Kerajaan Jepun, Katsunobu Kato menggesa penduduk setempat memberi perhatian teliti terhadap sebarang maklumat terbaru mengenai cuaca dan arahan pemindahan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan