Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Isu Asal Usul Covid-19 Dipolitikkan : Tinjauan

ByTVS

BEIJING, 26 Julai — Hasil tinjauan kumpulan pemikir China Global Television Network (CGTN) mendapati bahawa 80 peratus responden berpendapat usaha merungkai asal usul pandemik COVID-19 dicemari politik.

Tinjauan umum selama dua hari bermula Sabtu itu yang menggunakan bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Mandarin, Inggeris, Rusia, Perancis, Sepanyol dan Arab.

Setakat 10 malam, Ahad, 90 peratus responden yang berbahasa Sepanyol menerusi platform Twitter bersetuju bahawa usaha merungkai asal usul pandemik COVID-19 telah dicemari politik.

Diikuti responden bertutur bahasa Perancis, Rusia, Inggeris dan Arab yang masing-masing mewakli 88 peratus, 83 peratus, 70 peratus dan 68 peratus.

Sementara itu, kadar persetujuan tersebut direkodkan sebanyak 83 peratus responden berbahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia menerusi platform Facebook, manakala 95 peratus melalui platform mikro blog China.

Menurut hasil tinjuan itu lagi, 83 peratus responden berbahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia menyuarakan sokongan mereka bahawa penyelidikan perlu dilakukan di pelbagai negara untuk mengesan asal usul COVID-19 menerusi platform Twitter.

Soalan yang sama juga turut mendapat sebanyak 79 peratus sokongan di platform Facebook dan 93 peratus di platform mikro blog China.

Selain itu kebanyakan responden memilih langkah “meningkatkan bekalan vaksin”, “mempercepatkan tindakan perubatan dan rawatan” dan “menutup kawasan yang dilanda wabak” sebagai tugas mendesak untuk memenangi perjuangan melawan pandemik ini.

Hanya 17 peratus responden di platform Twitter dan dua peratus di platform Facebook memilih usaha mengesan asal usul koronavirus perlu dilakukan dengan segera.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan