Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Saranan ujian ‘Covid Neutralizing Antibody Test’ luar bidang kuasa PDRM

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Kenyataan yang menyarankan individu khuatir disuntik dengan vaksin kosong supaya melakukan ujian ‘COVID Neutralizing Antibody Test’ adalah di luar bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata sehubungan itu sebarang kesulitan atau persoalan yang timbul ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan sebelum ini adalah dikesali.

“PDRM kekal komited untuk menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan akan mengambil langkah selari dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan COVID-19 dalam proses memastikan perkhidmatan vaksinasi terbaik disampaikan kepada orang ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Abd Jalil berkata penerima vaksin yang gelisah dan berasa diperdayakan boleh membuat ‘COVID Neutralizing Antibody Test’ di makmal perubatan yang berlesen iaitu selepas sebulan menerima suntikan dos kedua untuk mengesahkan keberadaan antibodi dalam badan. 

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan