Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis rakam keterangan tiga individu insiden helikopter mendarat ambil nasi ganja

IPOH, 27 Julai — Polis Perak mengambil keterangan beberapa individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk bagi membantu siasatan insiden helikopter mendarat di Padang Ipoh di sini, untuk mengambil bungkusan nasi ganja pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki berpangkat Datuk berumur 52 tahun itu antara tiga individu selain juruterbang, 46, dan lelaki membuat pesanan, 62, yang dirakam percakapan oleh pegawainya di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor hari ini.

“Ketiga-tiga percakapan saksi telah dirakam hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata hanya tiga individu itu sahaja yang dirakam percakapan hari ini, termasuk Datuk berkenaan yang menaiki helikopter pada hari kejadian, namun beliau enggan mendedahkan butiran peribadi kesemua mereka.

Isu berkenaan tular dalam media sosial apabila sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh dipercayai untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja yang ditempah pelanggan dari ibu negara di sebuah kedai menjual nasi kandar terkemuka di bandar raya ini.

Siasatan terhadap individu serta syarikat pemilik helikopter terbabit dibuat mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2020 atau Akta 342 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) larangan merentas daerah serta negeri.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan pada Sabtu lepas memaklumkan helikopter Bell 505 dikendalikan oleh Systematic Aviation Services Sdn. Bhd. (SAS) itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ke Ipoh pada 9.08 pagi sebelum kembali ke Subang pada 11:02 pagi, seperti difailkan dalam pelan penerbangan.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan