Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hospital Khas Covid-19 mula beroperasi di Mandalay, Myanmar

MANDALAY, 26 Julai — Hospital khas COVID-19 yang dirancang dan dibina institusi Myanmar dengan kerjasama Jawatankuasa Pengumpulan Dana Bantuan Kesihatan Awam dan Pembangunan Bandar Mandalay di Chanmyathazi Township Mandalay, Myanmar mula menerima pesakit hari ini .

Hospital yang dibina atas penyelarasan Konsulat Awam China di Mandalay ini mempunyai 204 buah katil dan dilengkapi kemudahan perubatan, 64 buah mesin eletrokardiograf, 12 unit alat bantuan pernafasan, dan katil khas yang disumbangkan Kunming, wilayah  Yunnan China.

Pada 23 Julai lalu, Konsul China, Chen Chen mewakili Konsulat Awam China serta syarikat China di Myanmar menyumbang MMK 100 juta (RM256,000) kepada hospital tersebut untuk membeli alat perubatan  guna habis.

Ketika ini, keadaan pandemik COVID-19 di kawasan utara Myanmar semakin buruk dengan jumlah kes jangkitan terus meningkat.

Justeru, Konsulat Awam China menjalankan penyelarasan dan kerjasama dengan jabatan kerajaan dan tempatan kedua-dua negara untuk menghulurkan bahan-bahan perubatan yang diperlukan seperti  peralatan oksigen.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan