Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 13 Julai -- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media khas mengenai Task Force Greater Klang Valley di Kementerian Kesihatan hari ini. ?--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

COVID 19: Kes Harian baharu turun kepada 14,516 kes

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Kes baharu COVID-19 hari ini turun kepada 14,516 kes berbanding 17,045 kes semalam, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata kes jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif kes di negara ini adalah sebanyak 1,027,954 kes.

Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal sebagai negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan 6,508 kes manakala tiga negeri merekodkan kes empat angka iaitu Johor (1,449), Kuala Lumpur (1,425) dan Kedah (1,160). 

Sabah pula mencatatkan 720 kes, Perak (590), Negeri Sembilan (452), Pulau Pinang (402), Pahang (386), Melaka (373), Sarawak (356), Kelantan (346), Terengganu (245), Putrajaya (94), Labuan (lapan) dan Perlis (dua). 

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan