Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Atlet Muda Jepun, Nishiya lakar sejarah tersendiri raih Emas acara papan selaju

ByTVS

TOKYO, 26 Julai — Atlet wanita papan selaju (skateboard) Jepun berusia 13 tahun Momiji Nishiya melakar sejarah tersendiri selepas memenangi emas di Olimpik Tokyo pada Isnin, lapor Xinhua.

Pemain remaja itu memperoleh 15.26 mata di pentas final sekali gus menjadikannya juara Olimpik termuda Jepun.

Atlet papan selaju Jepun telah memenangi kedua-dua pingat emas yang menyaksikan Yuto Horigome mendominasi kategori lelaki, pada Sabtu.

Rayssa Leal, 13, dari Brazil meraih perak dengan 14.64 mata dan Funa Nakayama menambah pungutan gangsa untuk pasukan Jepun, selepas ketinggalan hanya 0.15 mata di belakang Leal.

Zeng Wenhui, 16, dari China menduduki tempat keenam.

Pemain nombor satu dunia Pamela Rosa dari Brazil tersingkir pada pusingan kelayakan.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan