TOKYO, 26 Julai — Atlet terjun Britain Thomas Daley dan Matty Lee meraih pingat emas dalam acara 10 meter platform seirama lelaki di Sukan Olimpik Tokyo pada Isnin, lapor Xinhua.
Pasangan itu mendahului kedudukan selepas terjunan keempat dengan memperoleh 471.81 mata, mengalahkan pasangan China, Cao Yuan dan Chen Aisen di tempat kedua dengan 470.58 mata. Aksi Cao dan Chen mulai goyah pada terjunan keempat sekadar meraih 73.44 mata.
Kemenangan itu sekali gus menamatkan penguasaan berturut-turut China dalam acara itu sejak 2004.
Sementara itu, Aleksandr Bondar dan Viktor Minibaev dari Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC) menduduki tempat ketiga dengan 439.92 mata.
— BERNAMA