Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 15 Julai -- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media khas Kementerian Kesihatan berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 13,215 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang masih aktif di dalam negara ini sebanyak 108,369 kes manakala yang telah pulih sebanyak 6,095 kes dan 110 kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 6,613 kes.? --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

COVID 19 : 17,405 kes baharu, kumulatif kes cecah angka sejuta

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Kumulatif kes COVID-19 di negara kini mencecah angka sejuta dengan 1,013,438 kes, apabila sebanyak 17,045 kes jangkitan baharu wabak itu dilaporkan hari ini.

Jumlah kes baharu yang dilaporkan itu juga, merupakan yang tertinggi pernah direkodkan negara sejak pandemik itu melanda Malaysia Mac tahun lepas, mengatasi 15,902 kes yang dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Facebook berkata, Selangor kekal sebagai negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan 8,500 kes dan Kuala Lumpur turut merekodkan kes empat angka dengan 2,045 kes, manakala Kedah 1,216 kes.

Johor mencatatkan 950 kes, diikuti Sabah (818), Perak (609), Pulau Pinang (573), Negeri Sembilan (513), Pahang (424), Sarawak (407), Melaka (370), Terengganu (273), Kelantan (266), Putrajaya (50), Labuan (21) dan Perlis (10).

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan