PUTRAJAYA : Orang ramai kini diberi kebenaran untuk merakam video atau gambar ketika menerima suntikan vaksinasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia sebagai bukti sekiranya terdapat sebarang isu pada masa akan datang.
“Ia (rakaman video) adalah kebenaran daripada saya dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba,” katanya.
Jururawat atau doktor bertugas juga perlu menunjukkan picagari yang sudah mengandungi vaksin kepada penerima sebelum proses suntikan dimulakan.
Kebenaran berkenaan diharap mampu menyelesaikan isu membabitkan beberapa video suntikan vaksin ‘palsu’ yang tular di media sosial, kebelakangan ini.
Baru-baru ini, seorang individu mendakwa dia disuntik dengan picagari kosong oleh petugas selepas menonton semula rakaman video semasa proses suntikan berlaku.