Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 23 Julai -- Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin pada sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini di ibu pejabat Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF).? --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kerajaan belum keluarkan kad fizikal lengkap suntikan vaksin – Khairy

PUTRAJAYA, 23 Julai — Kerajaan belum mengeluarkanĀ sijil lengkap pengambilan dos vaksin berbentuk kad yang dicetak, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.

Beliau juga menegaskan bahawa sebarang kad yang dijual di pasaran dan ditularkan baru-baru ini, bukan dikeluarkan oleh kerajaan.

ā€œTidak ada kad fizikal, hanya ada sijil digital di aplikasi MySejahtera. Itu sahaja,ā€ katanya dalam sidang media perkembangan PICK bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di sini hari ini.

Dr Adham turut menegaskan bahawa kad tersebut tidak diiktiraf kerajaan atau diterima sebagai bukti telah melengkapkan dos suntikan vaksin.

Menurutnya kerajaan akan mengeluarkan MY COVID-19 Vaccination Badge dalam bentuk kad dicetak tidak lama lagi sebagai bukti bahawa seseorang individu telah menerima suntikan vaksin COVID-19.

ā€œHanya sijil digital dalam aplikasi MySejahtera sahaja diakui kerajaan. Buat masa ini, kami menunggu kelulusan Kabinet untuk keluarkan MY COVID-19 Vaccination Badge,ā€ katanya.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan