Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Cinta di sebalik persahabatan

ByDayang Sorfina

Setiap orang pasti ada sahabat baik sewaktu kecil dan berkemungkinan menyimpan perasaan terhadapnya pada suatu ketika. Orang tua dulu-dulu panggil cinta monyet.

Namun, ramai juga yang merahsiakan hal ini kerana tidak mahu mengambil risiko untuk merosakkan persahabatan yang sudah lama terjalin.

Mukhsin, sebuah filem arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad ini menceritakan kisah persahabatan dan percintaan antara Mukhsin dan Orked sewaktu kecil.

Pasti ramai yang tidak tahu bahawa watak Orked terinspirasi daripada adik arwah sendiri.

Menurut adiknya Orked, perwatakan Orked di dalam “Mukhsin” persis perwatakannya sewaktu kecil yang lasak dan tomboy. Arwah juga dikhabarkan sentiasa memberikan yang terbaik dengan penuh kasih sayang bagi setiap penghasilan filem. Ayah mereka turut menyumbang dalam filem hasil tangan arwah Yasmin seperti pembikinan lagu “Keroncong Hujan” yang digunakan untuk filem Mukhsin.

Filem Mukhsin ini telah ditayangkan di panggung Tokyo bersempena Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-33 pada tahun 2020. Filem Mukhsin ini merupakan filem ketiga dalam trilogi “Orked” dan tidak dinafikan sudah menambat hati penonton Malaysia dan juga peringkat antarabangsa.

Tambahan pula, arwah Yasmin Ahmad sangat dikenali dengan filem-filem yang menggambarkan realiti kebanyakkan keluarga di Malaysia. Sebagai contoh, filem ini mengetengahkan situasi dua keluarga yang mempunyai dugaannya tersendiri.

Jangan lupa saksikan filem Mukhsin yang pasti akan mengingatkan anda kepada cinta pertama anda sewaktu meningkat remaja dahulu pada 24 Julai, 9 malam, hanya di TVS saluran 122, Astro dan MYTV!

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan