Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Berhenti Bersubahat dengan PATI, Elak Virus Menular

ByOdleen Catherny

KUCHING, 23 JULAI: Rakyat Sarawak digesa untuk berhenti bersubahat dengan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Ini kerana penularan virus Covid-19 termasuk varian Delta bukan hanya melibatkan jangkitan tempatan tetapi juga PATI.

“Apa yang kita dapat lakukan sekarang adalah terus memperketatkan SOP sedia ada selain memperkukuhkan kawalan di sempadan termasuk jalan tikus.

“Saya percaya jika tiada masyarakat kita membantu mereka (PATI), mereka tidak akan datang sejauh ini,”katanya ketika ditemui pemberita, pada Jumaat.

Meskipun kerajaan sudah memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) dan sempadan negeri, ia tidak akan membawa apa-apa kejayaan sekiranya masih ada yang ingkar.

Ekoran ini juga, pelaksanaan sekatan sepenuhnya ataupun ‘lockdown’ tampak tidak realistik untuk dilaksanakan.

“Saya percaya pelaksanaan ‘lockdown’ sepenuhnya adalah tidak realistik. Keadaan ini sangat dinamik. Polisi terus dipantau dan berubah megikut kesesuaian.

“Jika kita lihat, varian virus yang masuk juga berubah.

“Seperti tahun lepas, polisi kita diubah kerana kebanyakan virus yang masuk adalah dari Wuhan, China manakala sekarang ia melibatkan varian yang datang dari India.

“Jadi, virus yang berlainan masuk, polisi juga perlu diubah. Saya harap semua orang faham,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu muatnaik di laman Facebooknya mendedahkan Sarawak mencatatkan 93 kes membabitkan varian Delta setakat 22 julai 2021.

Ini menjadikan Sarawak sebagai negeri dengan kes varian Delta tertinggi di Malaysia.

92 daripadanya melibatkan penularan tempatan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan