Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak Lancar Strategi Pembangunan 2030 Pasca COVID-19

KUCHING: Sarawak baru-baru ini melancarkan Strategi Pembangunan 2030 Pasca COVID-19 (PCDS 2030) yang didorong oleh data dan inovasi untuk menikmati kemakmuran ekonomi, inklusif sosial dan persekitaran yang mampan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, untuk itu, sebanyak RM136 bilion pada tahun 2019 sehingga RM282 bilion pada tahun 2030 akan ditambah bagi pertumbuhan ekonomi.

“Untuk mencapai sasaran itu, ekonomi Sarawak perlu bertumbuh pada kadar 6.0% hingga 8.0% setahun.

“Di bawah fasa pertama PCDS ini ia akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu pada tahun 2021 hingga 2025,” katanya di Majlis Pelancaran Strategi Pembangunan 2030 Pasca COVID-19 di Kuching pada Khamis.

Bagi mencapai sasaran itu, terdapat enam sektor utama dikenal pasti sebagai pemacu pertumbuhan iaitu, pembuatan, pertanian komersial, pelancongan, perhutanan, perlombongan dan perkhidmatan sosial yang disokong oleh transformasi digital, inovasi, infrastruktur asas, pengangkutan, utiliti, tenaga boleh diperbaharui, dan pendidikan serta pembangunan modal insan.

“Pembangunan enam sektor ekonomi yang disokong oleh tujuh pemboleh ubah ini akan meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelaburan yang menarik dan ini akan meningkatkan nilai dan kualiti pelaburan di Sarawak,” katanya.

Jelas Abang Johari, ia termasuk mengubah struktur ekonomi bagi memodenkan dan meningkatkan kecekapan, sekaligus meningkatkan pendapatan isi rumah dalam usaha memulihkan dan mengembangkan ekonomi bagi jangka panjang.

“Fokus kami adalah untuk membangunkan pemboleh ubah seperti infrastruktur asas iaitu jalan dan jambatan, bekalan air dan elektrik terawat dan rangkaian telekomunikasi.

“Ini akan memberi asas kepada kita untuk melonjak ke tahap kedua pengembangan PCDS 2030, yang didorong oleh bakat, kemahiran dan inovasi,” katanya sambil memberitahu pelan yang dirancang akan memakmurkan negeri serta melindungi persekitaran untuk pembangunan lestari.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan