Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak Hantar Bekalan Oksigen Untuk Kegunaan Pesakit Covid Di Kalimantan

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menghantar bekalan oksigen ke Kalimantan Barat bagi kegunaan pesakit COVID-19 di hospital di wilayah Indonesia itu.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata beliau menerima permintaan daripada Gabenor Kalimantan Barat H. Sutarmidji Sh M. Hum mengenai perkara itu dan proses penghantaran sedang diuruskan dengan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing diberi tanggungjawab bagi menguruskan perkara tersebut.

Beliau berkata penghantaran akan dibuat antara kerajaan Sarawak dengan Wilayah Kalimantan Barat dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat penghantaran kepada Tentera Negara Indonesia (TNI) di sempadan Sarawak-Kalimantan, sama seperti kaedah penghantaran bantuan tong gas memasak sebelum ini.

“Pemerintah Kalimantan Barat meminta bantuan kerajaan Sarawak berikutan kekurangan bekalan oksigen di hospital-hospital di wilayah berkenaan ekoran peningkatan pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital dan memerlukan oksigen,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) di sini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan