TOKYO, 21 Julai — Sebanyak 10 lagi kes jangkitan COVID-19 direkodkan menjelang pembukaan temasya Sukan Olimpik Tokyo, lapor Sputnik memetik kenyataan jawatankuasa penganjur.
Mereka yang dijangkiti itu masing-masing seorang atlet dan pegawai kontinjen asing manakala selebihnya terdiri petugas tempatan.
Sejak 1 Julai, jumlah jangkitan yang dilaporkan mencecah 81 kes melibatkan atlet, kontinjen asing dan petugas tempatan yang menginap di perkampungan Olimpik.
Jangkitan COVID-19 turut dikesan dalam kalangan empat atlet dan pegawai pengiring di kem latihan di luar Tokyo, tambah penganjur.
— BERNAMA