KUALA LUMPUR, 21 Julai — Sejumlah 11,985 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini meningkat kepada 951,884.
Sehingga 21 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 11,985 kes (951,884 kes)
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 21, 2021
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 5,550 (337,897)
WPKL – 1,174 (101,926)
Johor – 644 (80,991)
Sabah – 474 (76,927)
Sarawak – 261 (72,213)
Negeri Sembilan – 745 (64,084) pic.twitter.com/8G6NI6pcPE
Selangor mencatatkan 5,550 kes baharu diikuti Kuala Lumpur (1,174); Kedah (800); Negeri Sembilan (745); Johor (644); Pahang (603) dan Sabah (474).
Melaka pula merekodkan 453 kes; Kelantan (386); Pulau Pinang (362); Perak (274); Sarawak (261); Terengganu (171); Putrajaya (51); Labuan (35) dan Perlis (dua).
— BERNAMA