KUCHING: Sambutan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha kali ini jelas berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Selain terikat dengan garis panduan dilaksanakan kerajaan di bawah penguatkuasaaan Prosedur Operasi Standard (SOP).
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta rakyat menunaikan Solat Aidiladha dalam kebiasaan baharu di Masjid Jamek Petra Jaya, Kuching pagi tadi.
Sesi Solat yang bermula jam 8.15 pagi itu dipimpin Imam Besar Masjid Negeri Datuk Mustapha Kamal bin Ahmad Fauzi.

Turut serta mengiringi Ketua Menteri adalah Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Sosio-Ekonomi) Datu Mohamad Abu Bakar Marzuki dan beberapa kenamaan yang lain.
Terdahulu, Majlis Islam Sarawak (MIS) dalam satu kenyataan berkata, kebenaran untuk mengadakan solat sunat Aidiladha dan takbir raya di masjid dan surau di Sarawak adalah secara bersyarat.
