Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Wanita dan warga emas antara ditahan kes sabung ayam

ByKhairil Zharif Affindie

TATAU, JULAI 19: Dua orang wanita antara yang telah ditahan polis ketika sedang leka menyabung ayam berdekatan Ulu Selitud, Jalan Tatau-Bintulu.

Mereka antara enam, berusia antara 48 dan 71 tahun yang telah ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tatau itu di kawasan kelang sabung haram itu pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Tatau DSP Jame Reis berkata pihaknya juga merampas wang tunai dan  beberapa ekor ayam tuntuk dijadikan bahan bukti.

“Hasil pemeriksaan, polis merampas tiga ekor ayam hidup, empat ekor ayam yang sudah mati, satu unit alat penimbang, dua taji ayam, dua keratan kotak tertera tulisan angka pertaruhan dan dua pen marker dipercayai digunakan bagi menjalankan kegiatan sabung ayam itu,” ujarnya dalam kenyataannya hari ini.

Polis turut merampas RM3,068 dipercayai wang pertaruhan.

Jelasnya, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962.

“Pasukan polis akan menjalankan operasi dari masa ke masa bagi memastikan undang-undang Pelan Pemulihan Negara (PPN)  dipatuhi semua pihak sekali gus membendung penularan wabak COVID-19,” tambahnya.

Kesemua individu terbabit turut dikenakan kompaun RM2,000 seorang di Bawah Peraturan 17(1) PPPPB(LLDKTJ)(PPN)2021.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan