SARIKEI, JULAI 19 : Sebuah rumah banglo jenis tingkat berstruktur separuh kekal telah terbakar di sini, pagi tadi.
Menurut Ketua Pegawai Operasi, Nicholas Belulin bilik kawalan BBP Bintagor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11:25 pagi.
Susulan daripada itu, beliau berkata, pihaknya mengerahkan seramai 10 anggota dengan menaiki jentera dan sebuah kereta pacuan empat roda.
“Jentera bomba telah bergerak ke lokasi tetapi tidak dapat masuk ke lokasi kerana jalan sempit dan tidak berturap.
“Jarak ke lokasi kejadian adalah 38km, setelah sampai kebakaran telah memusnahkan 90% rumah tersebut,” Jelasnya.
Pun begitu, katanya, pihak bomba telah memadam kebakaran menggunakan sumber air dari kolam yang berdekatan.
“Keluasan rumah tersebut adalah 40 kaki x 48 kaki persegi, punca kebakaran masih didalam siasatan,” Ujarnya lagi.
Walaubagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.