Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis siasat video tular berkumpul makan durian di PPV

ByYazid Ibrahim

JOHOR BAHRU, 19 Julai — Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan sekumpulan individu berkumpul makan durian dipercayai di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di bandar raya ini seperti yang tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata laporan polis berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) itu diterima pada 3.41 petang tadi.

“Kes akan disiasat di bawah Perkara 17(1) Peraturan-Peraturan dan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB)  2021 dan siasatan lanjut akan dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata pihaknya juga akan menyiasat bagi mengenal pasti individu terlibat sama ada petugas di PPV berkenaan ataupun bukan, dalam video berdurasi 27 saat yang tular itu.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan