Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Nelayan Vietnam nekad terjun elak ditahan

ByTVS
gambar kredit APMM

KUALA TERENGGANU: Gara-gara ingin mengelak ditahan pihak berkuasa. Beberapa nelayan Vietnam bertindak terjun ke dalam laut selepas dikesan menceroboh perairan negara.

Bagaimanapun usaha itu hanya sia-sia apabila taktik mereka berjaya dihidu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Maritim Negeri Terengganu Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata ketika melaksanakan Op Kuda Laut, pihaknya menerima maklumat daripada Pusat Operasi Maritim Terengganu (Pusop) berkaitan kehadiran bot-bot mencurigakan di sekitar sempadan perairan negara.

Pasukan yang tiba ke lokasi mendapati nelayan berkenaan sedang melakukan aktiviti penangkapan hasil laut di perairan negara tanpa kebenaran.

Beberapa nelayan asing itu juga cuba melarikan diri dengan terjun ke laut sebaik menyedari kehadiran anggota.

Walau bagaimanapun, pihaknya telah berjaya menahan 13 orang nelayan bersama dua bot pada jarak antara 108 hingga 112 batu nautika dari Kuala Terengganu di antara jam 9 dan 10 pagi pada Sabtu.

Menurut beliau dari hasil pemeriksaan mendapati kesemua nelayan termasuk tekong berusia di antara 22 dan 41 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Menerusi tangkapan itu, pihaknya telah merampas pelbagai hasil laut, diesel dan peralatan ikan yang dianggarkan bernilai RM3 juta.

Katanya, kesemua mereka dibawa ke Jeti Maritim Terengganu untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan