Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mukhsin

Mukhsin: Persahabatan atau percintaan?

Masihkah anda ingat sahabat baik anda semasa kecil? Ataupun cinta pertama anda pada zaman dahulu?

Mukhsin menceritakan kisah persahabatan dan percintaan antara Orked dan Mukhsin semasa kecil. Melalui sebuah persahabatan yang istimewa, Mukhsin mula menyimpan perasaan terhadap Orked. Perasaan cinta itu telah mewujudkan permasalahan antara mereka dan telah merosakkan persahabatan berharga tersebut. Namun sehingga hari terakhirnya di kampung itu, Mukhsin gagal meluahkan perasaan cintanya kepada Orked.

Filem arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad itu turut ditayangkan di panggung Tokyo bersempena Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-33 pada tahun 2020. Hasil karya arwah Yasmin Ahmad itu bukan sahaja berjaya menawan hati penduduk Malaysia, malah penonton di peringkat antarabangsa.

“Setiap orang mempunyai cinta pertama, dan walaupun sukar untuk mendefinisikan perasaan itu ketika anda masih muda, ada perasaan sakit di dalam diri anda. Itulah yang ingin dibuktikan oleh pembuat filem Malaysia, Yasmin Ahmad dalam karya keempatnya, sebuah filem di mana emosi yang paling kompleks diceritakan dengan cara yang sederhana dan mudah menipu,” komen netizen di Internet.

Dilakonkan oleh Syafie Naswip dan Sharifah Aryana, saksikan Mukhsin di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada 24 Julai, Sabtu ini jam 9.00 malam.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan