Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi negara pertama dijemput kerajaan Arab Saudi untuk memilih waktu melaksanakan ibadah melontar jamrah.

Masjidil Haram Terus Terima Ketibaan Jemaah Haji

MEKAH, 19 Julai — Masjidil Haram pada Ahad bersamaan 8 Zulhijah juga dikenali hari Tarwiyah terus menerima ketibaan jemaah, di tengah-tengah pelaksanaan sistem perkhidmatan bersepadu dan langkah keselamatan demi memastikan jemaah dapat melaksanakan ibadah dengan lancar serta selesa.

Pihak pengurusan dua masjid suci sudah menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk jemaah, termasuk melakukan operasi pembasmian kuman di dalam Masjidil Haram dan perkarangannya, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Selain itu, pihak pengurusan turut menerima jemaah yang tiba dari dari tiga pusat yang menghimpunkan jemaah haji selain menyelaraskan kepulangan mereka sebaik selesai melakukan tawaf.

Pihak pengurusan turut mengedarkan botol air ZamZam dan menyediakan terjemahan dalam 10 bahasa untuk kemudahan jemaah.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan