Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bila orang Semenanjung “klaka” Sarawak..

JIKA hanya mendengar pertuturan beliau tanpa mengetahui latar belakangnya, mesti ramai yang menyangka koresponden TVS di Amerika Syarikat iaitu Alfian Zaini sebenarnya berasal dari Sarawak kerana kepetahan beliau “klaka” Sarawak.

Rupanya-rupanya Alfian sebenarnya berasal dari Semenanjung tetapi setelah lapan tahun menetap di Kuching, Sarawak, lama-kelamaan beliau mendapati dirinya makin fasih berbahasa Sarawak.

“Saya tidak mengambil masa yang lama untuk belajar bahasa Sarawak kerana banyak bergaul dengan orang-orang Sarawak yang baik-baik belaka serta ramah.

“Bagi saya, apabila berada di negeri orang, kita perlu belajar bahasa dan budaya orang,” katanya kepada wartawan TVS.

Beliau mendedahkan yang beliau hanya mengambil masa kurang dari setahun untuk fasih berbahasa Sarawak kerana beliau banyak berinteraksi dengan masayarakat tempatan termasuklah di tempat kerja.

“Yang penting kita jangan ada rasa malu untuk melalukan kesilapan dan rajin mendengar pertuturan orang dan banyakkan berinteraksi dengan orang sebagai latihan memperbaiki kegunaan,” katanya yang amat merindui sajian Sarawak seperti mee kolok, laksa Sarawak, ayam pansuh, kek lapis, umai dan dabai.

Beliau juga melahirkan kerinduan terhadap Sarawak terutamanya masyarakat di sini yang sangat mesra dan harmoni termasuklah terhadap “orang luar” seperti beliau.

“Sarawak bukan sahaja kaya dengan budi bahasa, sumber asli, budaya,dan destinasi-destinasi menarik seperti taman-taman negaranya dan panta-pantai seperti Pantai Damai yang cantik sekali.

“Saya tidak mungkin dapat melupakan pengalaman  mengenali kawan-kwan di Sarawak yang mana kami masih berhubung sehingga ke hari ini selain pengembaraan-pengembaraan di Sarawak seperti ke taman-taman negara seperti Niah, Bako dan bandaraya-bandaraya bersama kawan-kawan.

“Paling seronok ialah  bila melepak mengopi dengan kawan-kawan di Satok setiap malam minggu. Semua ini menjadi memori indah bagi saya yang tidak mungkin saya lupakan,”tambahnya.

Sempena Hari Sarawak, Alfian melahirkan rasa bangga dan berterima kasih kepada warga bumi Kenyalang kerana pernah menjadi memori indah dalam hidupnya.

Harapan beliau agar bumi Sarawak terus bertambah maju di samping keharmonian masyarakat, budaya dan tradisi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan