Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Warga Emas Ditemui Mati Selepas Hilang Tiga Hari

ByNur Suhaida Muliyono

SELANGAU, 18 JULAI: Pasukan penyelamat menemui mayat yang dipercayai seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu.

Mayat ditemui di dalam hutan di kawasan belakang Rumah Lenggang Nanga Tajam, Selangau yang dipercayai tempat mangsa mencari buah-buahan sebelum dilaporkan hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat Samban Sabut yang berusia lingkungan 70-an itu ditemui sekitar jam 3 petang pada jarak lebih kurang 192 meter daripada Pos Kawalan Bomba (PKB).

Mangsa disahkan meninggal dunia dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

SAR ditamatkan pada jam 4 petang Sabtu.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan