Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tanah Runtuh Punca Gangguan Elektrik Di Batu Kitang, Bau, Lundu dan Sematan

ByFreddy Bohari

KUCHING: Kejadian tanah runtuh berhampiran Kampung Haji Baki di Jalan Batu Kitang di sjni sekitar tengah malam pada 16 Julai lepas telah menyebabkan kerosakan kabel elektrik yang menjejaskan bekalan tenaga kepada pelanggan di Batu Kitang, Bau, Lundu dan Sematan.

Sarawak Energy Bhd segera mengerahkan pasukan operasinya untuk menilai impak kejadian tanah runtuh itu dan berjaya memulihkan bekalan tenaga kepada pelanggan yang terjejas sekitar jam 2.00 pagi menerusi satu litar alternatif.

Pengurus Wilayah SEB bagi Wilayah Barat, Choo Min Chong, berkata kerja membaik-pulih dihambat oleh keadaan yang tidak selamat di tapak tanah runtuh dan dalam masa beberapa hari yang akan datang, pasukan itu akan berusaha untuk meletak kabel yang melangkaui tapak tanah runtuh.

“Pergerakan tanah di tapak tanah runtuh menghambat kemajuan pasukan untuk menjalankan kerja pemulihan dengan selamat dan cepat. Kami benar-benar menghargai kefahaman pelanggan kami,” kata Choo.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai perkhidmatan, pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan 24/7 SEB di talian 1300-88-3111 atau emel kepada customercare@sarawakenergy.com.

Pelanggan juga boleh memuat-turun aplikasi SEB, SEB cares, yang boleh dijumpai dalam Google Play dan Apple App Store, untuk mendapatkan bantuan.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan