KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) memaklumkan turut tidak dibenarkan adalah takbir dari rumah ke rumah, tahlil selepas solat sunat Aidiladha di masjid atau surau, ziarah kubur serta jamuan selepas solat sunat Aidiladha di masjid atau surau.
“Keputusan ini berdasarkan situasi semasa pandemik COVID-19 dan peningkatan kes membabitkan varian yang membimbangkan di Sarawak,” menurut MIS dalam kenyataan pada Ahad.
Sementara itu MIS berkata pelaksanaan solat sunat Aidiladha dibenarkan dengan had jemaah ditetapkan mengikut kategori masjid dan surau.
MIS memaklumkan bagi Masjid Jamek Negeri, had jemaah yang dibenarkan adalah tidak melebihi 500 orang.
“Bagi masjid di peringkat bahagian, daerah serta daerah kecil, jemaah dibenarkan adalah tidak melebihi 150 orang manakala di surau tidak lebih 70 orang.
“Had jemaah adalah termasuk pegawai masjid dan jawatankuasa pengurusan,” menurut kenyataan itu.
Di samping itu, solat sunat Aidiladha di masjid atau surau dan takbir di masjid atau surau di zon atau kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan.