KUALA LUMPUR, JULAI 18 : Ahli-ahli FDAM bakal menerima suntikan vaksin yang disasarkan mencapai seratus peratus bagi mereka untuk mencapai vaksin secara berkelompok.Presiden FDAM, Dr Ahmad Ibrahim berkata FDAM menyasarkan 100 peratus pengarah dan penggiat seni yang bekerja di lapangan
mengambil peluang untuk terbabit dalam program vaksin ini,” katanya.Jelasnya peluang ini turut terbuka pada pasangan (suami/isteri) dan anak berusia 18 tahun ke atas sahaja, hanya untuk ahli yang menetap dan mendaftar di Lembah Klang.
Jelasnya, FDAM akan menghantar senarai nama ahli yang memohon suntikan vaksin
kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari ini.
Dalam pada itu, katanya lebih 500 bakul keperluan asas diagihkan kepada warga seni yang terkesan akibat pandemik COVID- 19.Bakul keperluan asas itu ihsan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) kepada penggiat
industri kreatif menerusi program RESQ ANAK SENI yang akan diadakan di pekarangan
pejabat FDAM, Desa Melawati Kuala Lumpur, semalam.
Program tersebut diadakan secara berperingkat di seluruh negara bermula dengan Lembah Kelang, Nilai dan Seremban. Jumlah tersebut tidak termasuk agihan yang dibuat sebelum ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan.
Dr Ahmad Ibrahim berkata, bantuan berkenaan diagihkan kepada ahli FDAM dan persatuan
lain merangkumi pengarah,penerbit, kru produksi, pelakon dan penyanyi selain golongan yang sering terpinggir seperti pelakon tambahan, penari, kru teater
dan buskers.
“FDAM merupakan wakil kepada semua pengarah filem. Pemberian sumbangan ini adalah
atas rasa tanggungjawab sebagai seorang pengarah terhadap pengorbanan anak seni di
belakang tabir yang banyak berjasa pada seorang pengarah.
“Mereka adalah anak buah pengarah ketika di lapangan dan kita hams hargai jasa-jasa mereka kerana tanpa mereka siapalah pengarah. Senang mereka senang pengarah, susah mereka susah pengarah,” katanya.
Menurutnya, agihan fasa pertama meliputi Lembah Kelang iaitu zon Puchong, Keramat AU2,
Setapak, Taman Melawati diikuti oleh Nilai dan Seremban manakala fasa kedua akan
diperluaskan ke zon lain termasuk Sabah dan Sarawak. Sehingga kini sebanyak 1,683 kotak
sudah diagihkan kepada penerima-penerima.
Semua bantuan tersebut disumbangkan oleh Yayasan Maghrifah, Yayasan FELDA, GISB Holdings Sdn Bhd, Intelek Muda Nasional dengan Kertasama Pertubuhan Amal Global Care; Jihad Anak Seni; Laguna by Sofia dengan Kerjasama Pertubuhan Ummah Nusantara
Malaysia; Koperasi An-Najah; Intelspeed Sdn Bhd dan Bob Auto Puchong.
“FDAM .juga mengharapkan lebih ramai pihak sama ada ahh korporat dan syarikat berkaitan
kerajaan (GLC) tampil membantu dalam menghulurkan sumbangan untuk bakul makanan ini diteruskan selepas ini,” katanya.
“FDAM juga mengharapkan lebih ramai pihak sama ada ahh korporat dan syarikat berkaitan
kerajaan (GLC) tampil membantu dalam menghulurkan sumbangan untuk bakul makanan ini diteruskan selepas ini,” katanya.