Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lebih 1,000 Penduduk Pasai Siong Disuntik Vaksin

ByNur Suhaida Muliyono

SIBU, 17 JULAI: Seramai 1,131 penduduk dari 43 buah rumah panjang termasuk pekerja ladang sawit di kawasan Pasai Siong, Sibu telah menerima suntikan vaksin dos pertama setakat Khamis.

Program suntikan vaksin pada hari ketiga Combat Medic Vaccination Team (CMVT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat, terbahagi kepada dua kumpulan bagi mempercepatkan proses vaksinasi.

Kumpulan pertama bertanggungjawab memberi suntikan vaksin kepada 53 orang penduduk dari Rumah Iboh dan Rumah Peter manakala kumpulan kedua melibatkan 99 orang penerima vaksin dari Rumah Doris dan Rumah Marican.

Usaha pemberian vaksin kepada penduduk rumah panjang di kawasan itu dipergiatkan selepas suntikan selesai diberikan kepada penduduk di Nanga Ngungun dan Nanga Jagau, Kanowit pada minggu lalu.

Kluster Pasai yang tercetus pada awal tahun ini dikenal pasti berpunca daripada seorang wanita yang kembali dari Johor untuk menghadiri pengebumian bapanya sebelum didapati positif Covid-19 dan menjangkiti penduduk lain.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan