Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Warga Emas Rugi, Terpedaya Pinjaman Wang Atas Talian

ByNur Suhaida Muliyono

SIBU, 16 JULAI: Bukan sahaja kempunan tidak dapat meminjam wang RM100,000 seperti dijanjikan kepadanya, seorang warga emas terpaksa menanggung kerugian apabila ditipu sindiket pinjam wang haram.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Collin Babat mendedahkan mangsa yang berusia 61 tahun itu bekerja sebagai tukang tarik kenderaan telah melayari laman Facebook yang menawarkan perkhidmatan pinjaman wang.

“Pengadu yang berminat memohon pinjaman RM100,000 dikehendaki membayar yuran pemprosesan pinjaman terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi TVS.

Justeru, mangsa telah membuat pelbagai bayaran sebanyak empat transaksi pemindahan sebanyak RM3,230 kepada empat pemilik akaun bank berlainan.

Mangsa hanya sedar dirinya ditipu apabila diminta untuk membuat bayaran tambahan sebanyak RM2,000 sebelum membuat laporan polis.

Dalam kes berasingan, seorang kerani wanita mengalami kerugian sebanyak RM10,162 selepas turut diperdaya oleh peminjam wang secara dalam talian.

“Mangsa telah membuat beberapa pembayaran melalui 10 transaksi sebelum tersedar dirinya ditipu dan membuat laporan polis,” jelas Collin.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan