Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pemulihan ekonomi China sumbang tenaga positif kepada dunia

ByYazid Ibrahim

BEIJING, 16 Julai — Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China pada separuh pertama tahun ini mencatat RMB53.25 trilion (RM33.3 trilion), meningkat 12.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Menurut kenyataan Biro Statistik Negara China (NBS) pada Khamis, faktor penggunaan, pelaburan dan perdagangan luar yang stabil menjadi pengalak utama bagi ekonomi China terus berkembang secara mampan.

Memetik data NBS, sektor penggunaan menyumbang sebanyak 61.7 peratus kepada pertumbuhan ekonomi, selain dagangan luar yang meningkat pesat pada Januari hingga Jun.

Dagangan luar kargo pula, jumlah nilainya dilaporkan menokok 27.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, dan meningkat 22.8 peratus sekiranya dibandingkan dengan tempoh sama pada 2019.

Selain itu, pelaburan yang semakin pulih dilihat berjaya menyuntik kedinamikan kepada pertumbuhan ekonomi China.

Kenyataan itu diterjemahkan menerusi kenaikan jangkaan pertumbuhan terhadap ekonomi China oleh Bank Dunia (WB) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini.

Meskipun unsur ketidakstabilan masih wujud, namun sekiranya dipandang secara menyeluruh, peluang dilihat lebih banyak menanti berbanding halangan.

Pasaran antarabangsa turut optimistik terhadap kecenderungan pertumbuhan ekonomi China yang mampan yang dipercayai dapat menyuntik tenaga positif kepada pemulihan ekonomi dunia.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan