Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PTPTN sedia pelbagai kemudahan dalam talian pastikan urusan pelanggan tidak terjejas

KUALA LUMPUR, 14 Julai — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan pelbagai kemudahan dalam talian bagi memastikan urusan pelanggan tidak terjejas walaupun perkhidmatan kaunternya di seluruh negara ditutup ekoran pandemik COVID-19.

PTPTN dalam kenyataan hari ini berkata pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan bagi urusan permohonan pinjaman, bayaran balik pinjaman, pembukaan akaun dan penambahan deposit dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) disaran menggunakan pelbagai kemudahan dalam talian yang disediakan.

Menurutnya permohonan pinjaman pendidikan  dan semakan wang pendahuluan pinjaman (WPP) juga boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi PTPTN  di www.ptptn.gov.my.

Bagi urusan bayaran balik pinjaman pula, menurutnya tujuh kemudahan perkhidmatan dalam talian disediakan termasuk bayaran melalui saluran fpx menggunakan akaun bank atau kad kredit, semakan penyata pinjaman, permohonan pemotongan gaji dan debit terus. 

Selain itu portal rasmi PTPTN turut menyediakan kemudahan bayaran balik pinjaman melalui pelbagai saluran aplikasi telefon mudah alih seperti MyPay, Shopee, BESTPay, KiplePay, KelantanPay, perbankan internet seperti JomPay serta perkhidmatan e-Pay di terminal lokasi terpilih, dan kemudahan sama turut disediakan di portal rasmi perbadanan, serta di pelbagai saluran bagi urusan berkaitan SSPN.  

Pelanggan juga boleh menghubungi PTPTN di Careline PTPTN di 03-2193 3000, live chat di www.ptptn.gov.my, e-aduan di https://eaduan.ptptn.gov.my/, eksekutif pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn atau di pelbagai akaun media sosial rasmi PTPTN.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan