Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 15 Julai -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun melihat barang-barang keperluan asas semasa meninjau penyediaan Bakul Prihatin Negara di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

PM Muhyiddin lancarkan program Bakul Prihatin Negara

PUTRAJAYA, 15 Julai — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun melihat barang-barang keperluan asas semasa meninjau penyediaan Bakul Prihatin Negara di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini. –fotoBERNAMA (2021)

PUTRAJAYA, 15 Julai — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan program Bakul Prihatin Negara, yang melibatkan pengagihan 420,000 bakul bantuan barangan keperluan kepada 1.68 juta penerima dengan peruntukan RM21 juta.

Bercakap kepada media selepas meninjau pusat penyimpanan dan agihan Bakul Prihatin Negara di Dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di sini, Muhyiddin berkata program tersebut adalah komitmen kerajaan dalam memelihara kesejahteraan rakyat dan masyarakat yang terjejas ekoran pandemik COVID-19.

Program berkonsepkan “masyarakat menyeluruh’ melibatkan kerjasama kerajaan dan syarikat korporat dan ia diuruskan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di bawah KPWKM. Setiap bakul makanan bernilai RM50 itu mengandungi beras, gula, tepung gandum, bihun, kicap, sardin, biskut, kopi dan garam.

“Dalam soal pengurusan kebajikan rakyat ni kita tak boleh berkompromi. Selagi masalah pandemik COVID-19 belum dapat diatasi dan soal ekonomi belum pulih, saya cukup prihatin dan rasa agak bertanggungjawab untuk menentukan kesejahteraan rakyat di negara kita tak kira apa latar belakang mereka, di mana mereka berada, mestilah kita laksanakan dan kita berikan sebaik-baik perhatian untuk membantu mereka,” katanya.

Menurut Muhyiddin, daripada peruntukan RM21 juta itu, RM5 juta adalah merupakan peruntukan kerajaan manakala RM16 juta disumbangkan oleh syarikat korporat.

Muhyiddin berkata setakat ini, tidak termasuk Bakul Prihatin Negara, kerajaan telah menyalurkan sebanyak 2.315 juta bakul makanan melibatkan peruntukan RM173.4 juta yang telah memanfaatkan seramai 9.26 juta orang sejak pelaksanaan Bantuan Bakul Makanan fasa pertama pada Mac tahun lepas.

“Sebahagian besar dari kumpulan sasar yang ada baik M40, B40, atau T20 yang terkesan kerana tak boleh nak berniaga dan berhenti kerja, semua kita sampaikan bantuan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan