Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Maharaja Jepun dijangka hadir majlis pembukaan Olimpik Tokyo

ByTVS

TOKYO, 15 Julai — Maharaja Naruhito dijangka menghadiri upacara pembukaan temasya Olimpik Tokyo di National Stadium pada 23 Julai, memetik sumber pada Rabu. 

Baginda selaku penaung kehormat Olimpik Tokyo turut dijadual merasmikan upacara pembukaan itu, lapor Jiji Press.

Sementara itu, anggota keluarga diraja lain termasuk Maharani Masako mungkin membatalkan rancangan melawat beberapa gelanggang acara, kata sumber itu.

Sebelum upacara pembukaan berlangsung, ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan pemimpin negara lain bakal diundang ke Istana Imperial pada 22 dan 23 Julai. 

Piagam Olimpik menetapkan pembukaan Olimpik diisytiharkan oleh ketua negara yang menjadi tuan rumah kejohanan. 

Pengisytiharan pembukaan Temasya Olimpik Tokyo 1964 dan Olimpik Sapporo 1972 disempurnakan Maharaja Showa, manakala Olimpik Nagano 1998 oleh Maharaja Akihito, yang ketika ini membawa gelaran Maharaja Emeritus.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan