Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KOTA SAMARAHAN 31 MAC 2019. Poster peringkatan yang dipasang oleh Jabatan Kesihatan Sarawak di Kampung Pinang, Kota Samarahan berkaitan langkah berjaga jaga daripada terkena wabak rabies atau lebih dikenali penyakit anjing gila selepas beberapa kawasan didaerah Sarawak diisytiharkan membawa wabak rabies pada Jun 2017 sehingga kini, wabak itu masih lagi dikesan di negeri terbabit.Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan wabak rabies tidak merebak seperti tahun 2017. NSTP/HAZREEN MOHAMAD

Lagi kes rabies dikesan

BAKONG, JULAI 15: Satu lagi kawasan baharu wabak rabies diisytiharkan di Sarawak iaitu di Kampung Mohd Taha, Bakong, Beluru menjadikan jumlah Kawasan wabak rabies di negeri ini meningkat kepada 72 kawasan.

Menerusi kenyataan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS), Kawasan Kampung Mohd Taha diisytihar sebagai kawasan wabak rabies yang baharu kerana ia berada di luar 10 kilometer radius dari kawasan yang telah diisytiharkan.

Kenyataan itu menambah sebanyak 206,629 ekor anjing telah disuntik Jabatan Veterinar Sarawak dan akan meneruskan program pemvaksinan secara percuma di seluruh Sarawak.

Pemilik anjing sekali lagi diingatkan supaya memastikan anjing mereka diberi suntikan vaksin anti-rabies setiap tahun.

Suntikan vaksin boleh didapati dimana-mana pejabat veterinar bahagian atau klinik veterinar swasta.
Pemilik anjing yang gagal berbuat demikian boleh disabit kesalahan dibawah Seksyen 40, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999. Denda tidak melebihi RM 2,500 dan anjing boleh di tangkap dan Targeted Removal sekrianya tanpa bukti pemvaksinan anti-rabies.

Membiarkan anjing lepas bebas akan menyebabkan anjing terdedah dengan virus rabies dan membawa anjing keluar dari Kawasan tanpa kebenran bertulis daripada State Veterinary Authority merupakan kesalahan dibawah Seksyen 37, dan boleh didenda tidak melebihi RM 5,000 atau penjara tidak melebihi 3 bulan atau kedua-duanya sekali.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan