Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kali kedua Mini Filem Festival ditayangkan secara maya

ByDayu Adruce

KUCHING: Buat kali kedua, Mini Filem Festival (MFF) program anjuran para pelajar dan akademik program sinematografi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan ditayangkan secara maya.

Festival filem pendek terpanjang di Malaysia ini telahpun menghampiri edisinya yang ke-17 dan objektifnya kekal, iaitu untuk meraikan pereka filem yang berani dan kreatif dalam menceritakan isu semasa yang penting kepada masyarakat secara keseluruhan.

Menurut Pengarah Mini Film Festival Mr Yow Chong Lee, selain festival, tayangan filem (duduk dan tonton), bengkel dan sesi perbincangan atau perkongsian turut dianjurkan untuk komuniti filem dan seni di sarawak.

Mr Yow Chong Lee

“Melalui festival ini sebenarnya kita mengemukakan pelbagai aktiviti, antaranya adalah tayangan filem dan minggu festival. Minggu festival akan bermula Sabtu ini hingga 25 hari bulan. Ada 43 filem pendek yang akan ditayangkan dan ada juga tiga webinar yang akan diadakan bersama pembikin filem dan juri yang kita jemput khas dari Asia Tenggara dan juga Jerman,” ujaarnya.

Tambahnya lagi, anjuran sesi webinar diadakan bagi memberi peluang kepada penonton untuk melakukan perbincangan bersama pembikin filem selain berpeluang berkomunikasi bersama juri mengenai filem-filem yang tercalon pada tahun ini.

Antara filem yang telah dicalonkan, 4 daripadanya merupakan filem yang dihasilkan oleh pembikin filem yang berasal dari Borneo dan salah satu filem tersebut berinspirasi daripada cerita rakyat yang mengisahkan tentang Sape.

Kemuncak bagi festival filem ini tidak lain dan tidak bukan adalah malam pengumuman anugerah di mana pemenang akan membawa balik hadiah berupa wang tunai sebanyak RM2,400.

Walaubagaimanapun, pada malam sebelumnya akan berlangsung webinar yang menampilkan barisan ahli panel hebat iaitu Lorna Tee (penerbit filem Pan-Asia, kurator dan penganjur festival filem), Lulu Ratna (Pensyarah dan kurator festival dari Indonesia), Bernard Chauly (pengarah filem terkenal dalam industri perfileman Malaysia untuk filemnya “Istanbul Aku Datang” dan “Gol dan Gincu”), Kong Pahurak (pengarah filem dan sinematografer dari Thailand) dan Maike Mia Höhne (Pengarah filem , kurator festival dan pensyarah dari German) untuk berkongsi pandangan mereka tentang filem yang dicalonkan pada tahun ini.

MFF yang turut terkesan akibat pandemik COVID-19 telah menukar cara penganjurannya ke atas talian dan telah menjadikan ia antara yang pertama bertukar ke platform atas talian sepenuhnya.

Kesemua sesi webinar dan sesi tayangan filem secara atas talian akan dipersembahkan percuma kepada penonton yang mendaftar.

Bagi sesiapa yang berminat boleh mendaftar di pautan https://bit.ly/17thMFF .

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan